Sebagai
seorang islam yang mukmin, menuntut ilmu menjadi satu kewajipan dan
adalah wajib bagi kita untuk menuntut ilmu yang diperlukan. Dan orang
yang berusaha itu memerlukan kepada ilmu perusahaan. Haruslah kita
mempunyai sekadar yang diperlukan dari ilmu berniaga, supaya dapat
membezakan, yang diperbolehkan dan yang dilarang , tempat yang
mengandungi kesulitan dan yang jelas-terang. Kalau tidak, niscaya kita akan terjerumus kepada yang haram tanpa kita sedari.
Berkata
'Umar r.a., "Tidaklah berjual-beli, selain orang yang berpengetahuan
ilmu fiqah. Kalau tidak, dia akan memakan riba. Dengan kemahuannya atau
tidak dengan kemahuannya".
Kenyataannya
memang benar, disebabkan terlalu rakus mengejar kemewahan dunia, tanpa
disedari banyak dikalangan masyrakat kita terutama masyarakat islam yang
terlibat dalam perkara-perkara yang haram terutama riba. Misalnya kita
beli kereta hutang bank, beli rumah hutang bank, pinjaman peribadi,
pinjaman perniagaan dan banyak lagi, semuanya dikenakan faedah yang
melibatkan riba. Kita ingat apa yang kita buat itu betul tetapi salah
disisi agama islam. Sedangkan agama Islam yang Allah turunkan itu
sempurna untuk dijadikan panduan hidup, baik kehidupan dunia mahupun
akhirat. Hanya kita yang tidak mahu belajar.
Allah Ta'ala berfirman: "Allah
memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang
diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang
banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan)
melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya". - Surah
Al-Bakarah, ayat 269
Oleh
itu kita wajib melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum kita
memulakan sesuatu usaha samada usaha untuk kehidupan di dunia mahupun
usaha untuk akhirat. Jangan libatkan diri kita dalam perkara-perkara
yang dilarang oleh agama semata-mata untuk mengejar keuntungan dan
kekayaan. Di dalam Al-Quran ada diterangkan larangan akan perbuatan
riba.
Allah Ta'ala berfirman: "Orang-orang
yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan
seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang
kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka
mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba".
Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan
mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya
peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil
riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu)
adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan
sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah
ahli neraka, mereka kekal di dalamnya". - Surah Al-Bakarah, ayat 275
Allah Ta'ala berfirman: "Allah
susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia
pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan
zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus
dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa". - Surah Al-Bakarah, ayat 276
Allah Ta'ala berfirman: "Wahai
orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan
tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada
orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman". - Surah Al-Bakarah, ayat 278
Allah Ta'ala berfirman: "Oleh
itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba
itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan
RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu
bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu.
(Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu
juga tidak dizalimi oleh sesiapa". - Surah Al-Bakarah, ayat 279
Pelaburan
adalah sebahagian daripada perniagaan yang dibenarkan di dalam Islam.
Pelaburan (Al-qiradl) atau penyerahan modal untuk diperniagakan di
dalam Islam mempunyai beberapa syarat dan rukun seperti di bawah:-
Penyerahan Modal untuk diperniagakan (al-qiradl)
Hendaklah dijaga pada qiradl ini, 3 sendi (rukun)
Rukun 1: Modal
- Syaratnya modal itu mestilah berupa wang yang dimaklumi jumlahnya dan diserahkan kepada yang akan mengerjakannya dalam perniagaan.
- Maka tidak diperbolehkan qiradl pada barang-barang kerana perniagaan itu akan menjadi sempit padanya.
- Dan kalau disyarat oleh pemilik modal supaya modal ditangannya, maka tidak dibolehkan kerana dengan demikian, menyempitkan jalan perniagaan.
- Tiada Jaminan keatas Modal, jika pelaburan itu tidak berhasil atau rugi maka modal itu dikira lenyap dan hangus.
Rukun 2: Keuntungan
- Hendaklah keuntungan itu diketahui pembahagiannya dengan disyaratkan bagi pemilik modal sepertiga atau seperdua atau berapa yang dikehendakinya. Misalnya pembahagian keuntungan 50:50 atau 60% untuk pelabur dan 40% untuk peniaga atau mana-mana nisbah yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
- Kalau pemilik modal itu mengatakan: "Untuk kamu, keuntungan seratus dan sisanya bagiku", niscaya tidak boleh. Maka tidak boleh menentukannya dengan jumlah tertentu, tetapi hendaklah dengan jumlah yang umum.
Rukun 3: 'Amil iaitu orang yang melaksanakan perniagaan
- syaratnya perniagaan itu tidak menyempitkan kepada 'amil dengan penentuan barang dan waktu atau sesuatu syarat yang menyempitkan pintu perniagaan, niscaya 'apad qiradl itu batal.
Agama Islam tidak membenarkan satu pihak menindas satu pihak
yang lain. Begitu juga dalam urusan pelaburan, kedua-dua pihak Pelabur dan Peniaga sama-sama
kena tanggung risikonya. Misalnya kita melabur dengan kawan kita di
Acheh dan ditetapkan tiap-tiap bulan kita dapat 25%. Tiba-tiba berlaku
tsunami di Acheh dan habis semuanya musnah. Kita tidak akan menyangka
perkara sebegitu boleh berlaku dan apa-apa pun boleh berlaku dan kita
mesti sama-sama kena berani menanggung risikonya. Pelabur yang lenyak
tidur, tau-tau tiap-tiap bulan 25% duit masuk ke dalam account bank.
Sedangkan pihak peniaga kalau rugi tak dapat tidur, siang malam asyik
memikirkan cara bagaimana hendak bayar 25% itu kepada pelabur. Ini yang
tidak dibenarkkan dan diharamkan dalam Islam.
Kita mesti ingat walaubagaimana hebatnya sesuatu perniagaan itu, kita tidak akan dapat meramal atau mengetahui apa akan terjadi dimasa akan datang, untung atau rugi, kaya atau miskin, hidup atau mati dan sebagai manusia yang beragama kita hanya boleh berusaha dengan ilmu yang ada untuk berjaya tetapi hanyalah ALLAH Ta'ala yang menentukannya.
Kita mesti ingat walaubagaimana hebatnya sesuatu perniagaan itu, kita tidak akan dapat meramal atau mengetahui apa akan terjadi dimasa akan datang, untung atau rugi, kaya atau miskin, hidup atau mati dan sebagai manusia yang beragama kita hanya boleh berusaha dengan ilmu yang ada untuk berjaya tetapi hanyalah ALLAH Ta'ala yang menentukannya.
"Allah Ta'ala tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri berusaha untuk mengubahnya".
Allah itu maha adil dan Islam itu adil. Jadi kalau tak berani tanggung risiko JANGAN
lah cuba untuk melabur. Dan jika kita tak buat sesuatu untuk menambah
pendapatan, pun tak kemana juga... .............................
"Gunung kalau di gali tiap-tiap hari pun akan rata jadinya".
"Gunung kalau di gali tiap-tiap hari pun akan rata jadinya".
0 comments:
Post a Comment