Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang
salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui
insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian
dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.
Kawan yang paling baik ialah
seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa
berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah
perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak
akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga
benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.
Memberi seseorang seluruh cinta
anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan
harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati
mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia
terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati
pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang
tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan
pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan
kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan
anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan
hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu
ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga
anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan
memeluknya dengan sebenar.Mimpilah
apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan
jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan
satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.
Semoga anda memiliki kebahagiaan
yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan
anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan
harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di
dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia
mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak
semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang
terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.
Kebahagiaan terletak kepada mereka
yang menangis,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang
telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang
telah menyentuh hidup mereka.
Cinta bermula dengan senyuman,
mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.Masa depan yang
cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak
boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa
silam.
Semasa anda dilahirkan, anda
menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila
anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula
yang akan menangis.
0 comments:
Post a Comment