gambar perkahwinan amin @ ezan

on Wednesday, September 11, 2013



PELABURAN DALAM ISLAM

on Tuesday, April 30, 2013

Sebagai seorang islam yang mukmin, menuntut ilmu menjadi satu kewajipan dan adalah wajib bagi kita untuk menuntut ilmu yang diperlukan. Dan orang yang berusaha itu memerlukan kepada ilmu perusahaan. Haruslah kita mempunyai sekadar yang diperlukan dari ilmu berniaga, supaya dapat membezakan, yang diperbolehkan dan yang dilarang , tempat yang mengandungi kesulitan dan yang jelas-terang. Kalau tidak, niscaya kita akan terjerumus kepada yang haram tanpa kita sedari. 
Berkata 'Umar r.a., "Tidaklah berjual-beli, selain orang yang berpengetahuan ilmu fiqah. Kalau tidak, dia akan memakan riba. Dengan kemahuannya atau tidak dengan kemahuannya".
Kenyataannya memang benar, disebabkan terlalu rakus mengejar kemewahan dunia, tanpa disedari banyak dikalangan masyrakat kita terutama masyarakat islam yang terlibat dalam perkara-perkara yang haram terutama riba. Misalnya kita beli kereta hutang bank, beli rumah hutang bank, pinjaman peribadi, pinjaman perniagaan dan banyak lagi, semuanya dikenakan faedah yang melibatkan riba. Kita ingat apa yang kita buat itu betul tetapi salah disisi agama islam. Sedangkan agama Islam yang Allah turunkan itu sempurna untuk dijadikan panduan hidup, baik kehidupan dunia mahupun akhirat. Hanya kita yang tidak mahu belajar. 

Allah Ta'ala berfirman: "Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya). Dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya ia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya". - Surah Al-Bakarah, ayat 269

Oleh itu kita wajib melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan sebelum kita memulakan sesuatu usaha samada usaha untuk kehidupan di dunia mahupun usaha untuk akhirat. Jangan libatkan diri kita dalam perkara-perkara yang dilarang oleh agama semata-mata untuk mengejar keuntungan dan kekayaan.  Di dalam Al-Quran ada diterangkan larangan akan perbuatan riba.

Allah Ta'ala berfirman: "Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk Syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (Syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: "Bahawa sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba". Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba. Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya". - Surah Al-Bakarah, ayat 275

Allah Ta'ala berfirman: "Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan Ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. Dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa". - Surah Al-Bakarah, ayat 276


Allah Ta'ala berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah (jangan menuntut lagi) saki baki riba (yang masih ada pada orang yang berhutang) itu, jika benar kamu orang- orang yang beriman". - Surah Al-Bakarah, ayat 278

Allah Ta'ala berfirman: "Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa". - Surah Al-Bakarah, ayat 279

Pelaburan adalah sebahagian daripada perniagaan yang dibenarkan di dalam Islam.  Pelaburan (Al-qiradl) atau penyerahan modal untuk diperniagakan di dalam Islam mempunyai beberapa syarat dan rukun seperti di bawah:-

Penyerahan Modal untuk diperniagakan (al-qiradl)


Hendaklah dijaga pada qiradl ini, 3 sendi (rukun)

Rukun 1: Modal 


-   Syaratnya modal itu mestilah berupa wang yang dimaklumi jumlahnya dan diserahkan kepada yang akan mengerjakannya dalam perniagaan. 


-   Maka tidak diperbolehkan qiradl pada barang-barang kerana perniagaan itu akan menjadi sempit padanya. 


-  Dan kalau disyarat oleh pemilik modal supaya modal ditangannya, maka tidak dibolehkan kerana dengan demikian, menyempitkan jalan perniagaan.


-  Tiada Jaminan keatas Modal, jika pelaburan itu tidak berhasil atau rugi maka modal itu dikira lenyap dan hangus.   



Rukun 2: Keuntungan


-    Hendaklah keuntungan itu diketahui pembahagiannya dengan disyaratkan bagi pemilik modal sepertiga atau seperdua atau berapa yang dikehendakinya. Misalnya pembahagian keuntungan 50:50 atau 60% untuk pelabur dan 40% untuk peniaga atau mana-mana nisbah yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 


-    Kalau pemilik modal itu mengatakan: "Untuk kamu, keuntungan seratus dan sisanya bagiku", niscaya tidak boleh. Maka tidak boleh menentukannya dengan jumlah tertentu, tetapi hendaklah dengan jumlah yang umum. 



Rukun 3: 'Amil iaitu orang yang melaksanakan perniagaan


-  syaratnya perniagaan itu tidak menyempitkan kepada 'amil dengan penentuan barang dan waktu atau sesuatu syarat yang menyempitkan pintu perniagaan, niscaya 'apad qiradl itu batal.




             Agama Islam tidak membenarkan satu pihak menindas satu pihak yang lain. Begitu juga dalam urusan pelaburan, kedua-dua pihak Pelabur dan Peniaga sama-sama kena tanggung risikonya.  Misalnya kita melabur dengan kawan kita di Acheh dan ditetapkan tiap-tiap bulan kita dapat 25%. Tiba-tiba berlaku tsunami di Acheh dan habis semuanya musnah. Kita tidak akan menyangka perkara sebegitu boleh berlaku dan apa-apa pun boleh berlaku dan kita mesti sama-sama kena berani menanggung risikonya. Pelabur yang lenyak tidur, tau-tau tiap-tiap bulan 25% duit masuk ke dalam account bank. Sedangkan pihak peniaga kalau rugi tak dapat tidur, siang malam asyik memikirkan cara bagaimana hendak bayar 25% itu kepada pelabur. Ini yang tidak dibenarkkan dan diharamkan dalam Islam.
Kita mesti ingat walaubagaimana hebatnya sesuatu perniagaan itu, kita tidak akan dapat meramal atau mengetahui apa akan terjadi dimasa akan datang, untung atau rugi, kaya atau miskin, hidup atau mati dan sebagai manusia yang beragama kita hanya boleh berusaha dengan ilmu yang ada untuk berjaya tetapi hanyalah ALLAH Ta'ala yang menentukannya.

"Allah Ta'ala tidak mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka sendiri  berusaha untuk mengubahnya". 

            Allah itu maha adil dan Islam itu adil.  Jadi kalau tak berani tanggung risiko JANGAN lah cuba untuk melabur. Dan jika kita tak buat sesuatu untuk menambah pendapatan, pun tak kemana juga... .............................
"Gunung kalau di gali tiap-tiap hari pun akan rata jadinya".

Islam menghalalkan jual-beli tetapi mengharamkan Riba'.

ISLAMIC VS CONVENTIONAL IN TERM OF FINANCIAL PLANNING

What is financial planning? Is there an Islamic financial planning? What is the difference between Islamic and conventional financial planning? Do we need the Islamic one?… These questions disturb many people's mind.

Financial planning is an effort to render professional service to individuals, their family and their business, to provide impartial assistance in analyzing and organizing financial affairs in order to achieve financial and lifestyle goals. It is basically dealing with a man who engages in some forms of personal budget in term of wealth creation, wealth accumulation, wealth protection, and wealth distribution. The crux of a financial planning practice is the planning itself then the implementation of the plan and the monitoring of it. Terms such as man, wealth, and lifestyle goal that are used in the above definition are actually neutral and do not carry any value. These terms are known as generic concept of financial planning. The generic concepts are those concepts in a discipline, which identify the elements whose functioning and interrelationships form its subject matter. Definitely the generic concepts are free of philosophical underpinnings.
These concepts can not generate a world view as they are generic and lack a philosophical basis that defines the nature of their role, and the nature of their interrelationships in terms of the final outcome of their interaction. A worldview, on the other hands, is arrived at by giving a philosophical orientation to the generic concepts; when this happens the generic concepts are transformed into what the so-called "Primary Concepts". Therefore primary concepts redefine the nature, inter-relationships and the role of generic concepts in the system; predicting a unique universal outcome based on the chosen philosophical foundation. For instances: man, wealth or resources, lifestyle; are some of the generic concepts in financial planning but given the philosophical foundation of Laissezz Faire each of these concepts acquires a new meaning and identity; and their interrelationships deliver the final outcome which is different from that of dialectical materialism and Islam.
In the case of conventional that is either based on laissezz faire (capitalism), dialectical materialism and Islam, this is evident from the figure 1.:
As a result primary concept are actually the generic concepts with philosophical themes. When these primary concepts are stratified, they help develop a particular worldview.
Similarly by using the philosophical foundation of Islam, the generic concepts of financial planning are also refined and are transformed into the primary concepts that can be used to construct a worldview of Islamic financial planning.

Capitalism Islam Socialism
Generic Concepts Primary Concepts Primary Concepts Primary Concepts
Wealth /Resources Scarcity of resources Bounties of God and no scarce Scarcity of resources
Ownership Individual freedom A Trust The source of the exploitation of labor
Lifestyle goals Personal Satisfaction (needs and wants) Falaah (Prosperity) Equal welfare among the proletariat
Figure 1. Primary concepts of Conventional and Islamic financial planning
Thus conventional financial planning is being value added with the specific philosophical underpinning. Consequently in the operational level, these concepts will be translated in the personal budget in every stage of creation, accumulation, protection and distribution of wealth.
Islam, on other hand, provides a worldview that is harnessed to private and public life of Muslims based on the revelation, qur'an and sunnah. Thus Islamic financial planning has been there since prophet Muhammad sent to this world to guide human beings. In Islam, a man has been respected and considered as vicegerent on the earth, as Allah says "Behold, thy Lord said to the angels: "I will create a vicegerent on earth"…(qur'an 2:30). As a vicegerent, a man has been ordered to serve Allah as He says "I have nonly created Jinns and men, that they may serve me" (Qur'an 51:56).

~~HATI DAN PERASAAN~~





Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.


Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi
sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.
Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan
memeluknya dengan sebenar.Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.


Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang.Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga. Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis,mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir
dengan tangisan.Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.


Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang disekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

KALAU DAH JODOH (cerpen)


"Hai awek cun. Lajunya awek cun ni jalan. Kena kejar dek anjing ker awek cun?"

Huh. Suara sumbang mana pula ni? Macam biasa dengar aje suara ni. Ni mesti budak terlebih ajar ni. Aku menolehkan kepalaku untuk melihat siapakah yang mengganggu perjalananku ke fakulti.

"Hai. Tak kenal ke dengan suara merdu abang hari ni?" suara itu berbunyi lagi.

Memang tidak syak lagi. Balik-balik jumpa dengan lelaki ni. Kan bagus kalau boleh terjumpa dengan Yutaka Takenouchi ke, Norman Hakim ke. Bahagia hidup aku kalau jumpa dengan mereka. Ini tidak.. Pagi-pagi lagi dah jumpa dengan cekodok basi ni. Kalau boleh makan tak apa juga. Hai... pagi-pagi lagi dah banyak dosa aku kat mamat ni.

"Awak kalau tak kacau saya tak boleh ke?" marahku . Aku menunjukkan muka yang sehabis-habis garang. Ni kalau harimau nampak pun terperanjat.

"Mana boleh awek cun. Awakkan bakal isteri saya," ujar mamat tu dengan bersungguh-sungguh.

"Isteri Uwekkkkk... tak ingin langsung!" balasku sambil menjelirkan lidah. Huh... kalau handsome tak apa juga. Tapi, kalau tengok dua tiga kali boleh tahan juga handsomenya mamat ni. Ah... handsome tapi perangai macam setan buat apa?

"Nazri, amacam Jerat tak mengena ke?" soal member baik Nazri, Azmi.

"Erm... Kau tengok aja lah satu hari nanti. Aku akan pastikan Noor jatuh ke tangan aku."

"Agak-agak berapa abad lagi ye?" gurau Azmi sambil melihat Noor memasuki kelasnya.

Ak en na. Kurang asam keping betullah mamat ni. Buk... Satu tumbukan padu dikenakan pada bahu Azmi. Apa lagi, berderai ketawa mereka. Kesannya semua manusia yang ada kat kawasan tu berpaling ke arah meraka. Ah, peduli apa. Janji aku dengan member aku ni bahagia. Nazri memaut bahu Azmi dan melangkah menuju ke arah fakulti. Enjoy-enjoy jugak. Tapi study aku tak tinggal.

Noor. Nama tu sentiasa terpahat di lubuk hati Nazri. Liar nak mampus. Nampak aja jinak tapi bila dekat terus terbang. Namun, Nazri tidak jemu memburu Noor. Insan yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Nazri tersenyum sambil mempercepatkan langkah ke fakulti.

**********

"Noor... oit Noor," panggil member sebilik aku. Isk minah ni. Kacau je orang nak buat assignment. Dahlah esok dateline. Yang aku nie pun satu. Buat awal-awal tak nak. Sekarang baru terhegeh-hegeh. Baru padan dengan muka aku. Aku memalingkan muka sambil menunjukkan mimik muka yang paling lawa. A'ah lawa. Sebijik macam tenuk. Hehehe.

"Apa??" soalku.

"Kau dengan Nazri tu ada apa-apa ke?"

Uikkk... Soalan yang sungguh mencabar minda!!

"Nazri Pleaseee... "

"Abih yang aku tengok dia selalu kacau kau tu apa? Takkan tak ada apa-apa kot?? Dia tu handsome apa. Kau tak minat ke kat dia?? Sesuai sangat dia tu dengan kau. Macam pinang dibelah lapan. Weh, takkan kau tak teringin couple dengan dia kot??"

Tu dia. Tiga soalan untuk dijawab dalam masa satu hari. Dahlah semua soalan tu tersangatlah mencabar minda. Minah ni kalau dah bercakap, tak sah kalau tak lama. Agaknya berapa gelen air liur dia habis?

"Huh... mintak simpang malaikat 44. Handsome tapi perangai macam setan buat apa?" Haa... Jawapan untuk 3 soalan . Macam syampu pulak. 3 dalam 1...

"Tak baik kau kata macam tu. Dibuatnya ada jodoh dengan dia, apa kau nak buat?? Kalau aku, sure aku tak tolak."

"Eh, eh minah ni . Over nampak. Cik Imah, kalau rasa teringin sangat kat Nazri tu, ambik ajalah. Aku bukannya ada apa-apa dengan dia Lagipun otak Nazri tu bukan betul sangat. Perangai macam kanak-kanak riang ribena aja,"

"Eleh. Kata kat orang konon. Macamlah dia tu matured sangat," aku cuma tersengih. Tu lah. Nak kata orang tengok-tengok diri tu dulu . Kat kolej ni siapa yang tak kenal dengan Noor yang tinggal kat dorm 2. Minah yang paling gila-gila . Sampaikan lecturer kenal dengan aku. Amboi, glamour mengalahkan Ziana Zain. Erkkk... hehehe... Tul ke

"Alah. Kalau aku tak matured pun aku tetap cun apa," ujarku sambil menggayakan diri di hadapan Imah. Sudahnya bantal busuk milikku hinggap betul-betul kat hidung aku. Isk... Kemik la hidung aku dibuatnya. Dahlah hidung ni separuh mancung. Puas aku tarik hidung ni. Bukan setakat guna tali siap guna dawai lagi. Tapi tak mancung-mancung juga. Agaknya apa petua yang Shah Rukh Khan pakai untuk mancungkan hidung dia?

***********

Huarghhh... mengantuknya dengar lecturer ni membebel. Boring yang teramat sangat aku dibuatnya. Yang aku ni pulak ntah apa sakitnya. Asyik boring memanjang. Kalaulah muka lecturer ni sebijik macam muka Noor kan best. Sure aku tak boring. Paling melampau aku punya tindakan ialah kerat meja panjang ni dan letak betul-betul sebelah lecturer tu. Tu kira okay lah tu. Dibuatnya aku bawa balik lecturer kat dorm aku sure haru dibuatnya. Nazri yang sedang asyik mengelamun tidak sedar gadis idamannya sedang mengaturkan langkah memasuki perut kelasnya. Azmi yang duduk di sebelah Nazri menyikunya. Apa lagi, melopong mulutnya apabila melihat sang gadis berada di depan mata.

Nazri menatap muka Noor. Kalaulah aku dapat duduk kat depan, terang pemandangan aku tengok muka Noor. Huh , nak dok depan? Jangan haraplah. Dok depan tak boleh buat taik mata. Kalau duduk di belakang, tempat paling strategik untuk melakukan aktiviti yang paling Nazri gemari. Tapi, saat macam ni, aku rasa nak halau aja manusia yang dok kat depan tu. Boleh aku tengok muka Noor puas-puas. Eh... eh, nak ke mana pula Noor ni? Siap bawa buku. Eh, macam nak menuju kat sini aja. Kebetulan pulak sebelah Nazri tiada student lain yang duduk. Sebelah kanan ni surelah mamat Azmi ni. Tapi, Noor ambik ke subject Kimia? Tak penah tau pun. Setahu aku dia ambik course Sains Hayat. Erk, memanglah course tu ambik subject Kimia. Tapi tak pernah nampak pun Noor masuk kelas ni. Agaknya aku tak nampak sebab aku selalu datang lewat. Bila masuk tu bukannya reti nak ambil note yang lecturer tu cakap. Sibuk buat taik mata aja. Sesekali kesian juga tengok lecturer tu bercakap memanjang. Tapi aku buat tak kisah je. Nasib baik yang buat perangai aku sorang je (agaknyalah). Dibuatnya satu kelas, sure menangis lecturer tu.

Bermacam-macam persoalan menyerang benak Nazri. Noor melabuhkan punggungnya betul-betul di sebelah Nazri. Fuh, macam tengah bersanding pulak. Yang Azmi ni asyik melopong je tengok aku. Nasib baik lalat tak teringin nak masuk dalam mulut dia Kalau tak, sure lunch nanti dia kenyang. Lagipun aku tau sebab apa lalat tak sudi masuk dalam mulut dia. Bau mulut mengalahkan mulut buaya lombong. Hehehe. Nazri curi-curi pandang ke arah Noor. Memang terbukti dia ni cun. Bahagianya kalau dia milik aku. Sedang asyik melihat pemandangan' indah di sebelah, Azmi menyiku Nazri. Nazri yang sedang asyik mengelamun tidak dapat mengawal tubuhnya terjatuh ke atas badan Noor. Gamat satu fakulti dengan adegan yang tidak disangka-sangka itu. Noor pula menahan marah. Segera dia mengangkat kaki keluar dari perut fakulti. Nazri betul-betul tergamam dengan peristiwa itu.

************

"Sakit sangat hati aku ni Imah. Nasib baik aku dapat cover pengeluaran api dari hidung aku ni . Kalau tidak, sure terbakar fakulti dengan mamat tu sekali. Kurang asam boi betul mamat tu!" marahku. Kalau boleh saat tu juga aku nak jumpa Nazri. Lepas tu aku fire dia . Biar cepat mampos. Aman hidup aku.

"Dahlah tu. Muak aku dengar cerita kau. Bukak mulut aja cerita pasal dia. Telinga aku pun nak rehat juga," ujar Imah selamba.

"Aku sakit... "

Tak sempat aku teruskan bercakap Imah menutup mulut aku dengan bantal busukku. Puihhh... masam juga bantal busuk aku ni. Hehehe.

"Malas aku layan kau. Ni pakwe kau kasi surat," Imah menghulurkan sekeping surat. Sampulnya berwarna merah jambu. Bau dia mak datuk. Sebatu boleh terbau akan kewangiannya. Aku bertanya pada Imah siapa pengirimnya sebab aku ni memang tak pernah ada special boyfriend tetapi Imah lekas-lekas keluar dari biliknya. Agaknya dia tak sanggup kena soal-siasat kot? Aku membuka sampul itu dengan berhati-hati. Bau perfume dari surat itu semakin semerbak Mak datuk. Surat jenis apa ni?

Mohd Nazri, Dorm 8 , Kolej Sri Iman, 24100 Kijal, Terengganu.

-------------------------------------------------------

Noor Liyana, Dorm 2 , Kolej Sri Iman, 24100 Kijal, Terengganu. 10 Jun 2000

Cik,

MEMOHON UNTUK MENJADI PAKWE CIK AWEK CUN ----------------------------------------------------------

Saya sebagaimana nama di atas ingin meminta izin daripada pihak cik awek cun untuk menjadi pakwe cik awek cun.

2. Puas saya cuba untuk melupakan diri cik awek cun. Tetapi, semakin saya cuba melupakan, semakin kuat saya rindukan cik awek cun. Malah kejadian semalam telah menyebabkan saya bermimpikan cik awek cun dan itulah mimpi yang paling bermakna bagi pihak otak saya.

3. Saya juga inginkan jawapan daripada cik awek cun 5 minit dari sekarang. Sekiranya lewat daripada tempoh itu, saya menganggap cik awek cun menerima saya sebagai pakwe cik awek cun.

4. Kerjasama daripada pihak cik awek cun amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar-benar ikhlas, Nazri

Alamak. Betul-betul seriuslah Nazri ni. Tapi tempoh yang dia kasi 5 minit aja. Dah bersedia ke aku untuk jadi awek dia? Ah, tak boleh jadi ni. Baik aku pergi jumpa dia dan bagitahu yang aku tak bersedia menjadi awek dia. Tapi, sanggup ke aku bagitahu dia sedangkan hati aku ni dah terpaut padanya sejak kali pertama aku kenal dia. Selama ni aku saja menafikan kerana aku malu dengan diri sendiri. Lagipun aku nak dia gentleman. Kalau betul-betul berkenan kat aku, face to face lah. Ah, tinggal 2 minit lagi. Baik aku jumpa dia. Lepas tu minta dia panjangkan lagi tempoh. Aku segera berlari ke arah pintu dan membukanya.

"Hai awek cun."

Sesungguhnya aku tidak menyangka Nazri sanggup melakukan tindakan bodoh itu. Curi masuk ke kolej perempuan semata-mata kerana aku! Dan mastermindnya surelah Azmi dan Imah. Celaka betul budak dua ekor ni. Dan yang paling aku tak sangka sekali ialah Azmi dan Imah ada hubungan sulit. Isk, macam mana gosip ni tak sampai kat telinga aku? Nazri tersenyum riang melihatku.

"Sudikah awek cun menerima saya?" soal Nazri sambil menghadiahkan 11 kuntum bunga ros buat aku. Terkedu aku dibuatnya. Aku mengangguk tanpa sedar. Apa lagi, bersorak Imah dan Azmi apabila melihat aku mengangguk. Amboi, mengalahkan tuan yang bertanya. Yang si Nazri pulak tak habis-habis tenung aku. Aku cuba membalas tenungannya dan tidak aku nafikan bahawa matanya amat cantik. Ah, bercinta juga aku dengan mamat 3 suku ni. Walaubagaimanapun, aku berharap agar jodohku panjang dengannya. Sesungguhnya aku tidak sanggup kehilangannya...

GELAK SAKAN---MELANTAK RUMAH LAN, MAT, SIDI

on Tuesday, April 23, 2013

GENG GURU SEMENANJUNG AREA SPAOH..


best ade geng2 lepak, tanpa korang sunyi je ase..
geng GELAK SAKAN.....
dah nikah minta maaf yea..xdpt nak kuar lepak selalu mlm,berentap badminton pun kurang, makn kedai polo pun kadang-kadang...
 tetiba je melalut...just tulis bosan2 tunggu kul 10, nak melantak kantin...

--SK SPAOH DI HATIKU--

RAKAN-RAKAN SEPERJUANGAN..
guru agama Sk Spaoh 2013..

PARA USTAZAH:............
KAK ROSIA, USTAZAH NATIRAH, KAK IDA (SUDAH PINDAH BETONG), USTAZAH AINUN, KAK LA, USTAZAH NOORUUUU, KAK DA..
PARA USTAZ :................
MAULUDIN, AKRAM, AQUE, USTAZ ZUL...
LAGI....
USTAZ BUDIN TIADA LAM GAMBAR...

converter