5 kunci rahsia~~

on Monday, December 13, 2010

Hadis :
Dari Ibnu Umar r.a, dari Nabi SAW baginda bersabda:"Lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan Allah iaitu: 1) Tiada mengetahui apa yang tersimpan di dalam
rahim (kandungan perempuan) melainkan Allah. 2) Tiada yang mengetahui apa yang akan terjadi esok hari melainkan Allah. 3) Tiada seorangpun yang mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan Allah. 4) Tiada seorangpun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan Allah 5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan Allah. (Bukhari)

Huraian :
Pemilik ilmu itu adalah Allah SWT. Tiada sesuatupun yang luput dari pengetahuan-Nya, yang nampak mahu pun yang tersembunyi di mana manusia dan makhluk lainnya tidak diberi ilmu oleh Allah SWT melainkan hanya sedikit sahaja. Ilmu manusia jika dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air dalam lautan. Firman Allah yang bermaksud:" "Katakanlah : kalau sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku meskipun Kami datangkan lagi dengan lautan yang sebanding dengannya sebagai bantuan." (al-Kahfi :109)


kita sebagai manusia,ilmu yang kita miliki hanyalah setitik saja air laut berbanding dgn ilmu yg ALLAH miliki seluas lautan belantara..
walaupun sehebat manapun seseorang manusia itu,setinggi mana pun kekayaannya,kebijaksanaannya,kekuatannya..tetap akur dengan Raja segala Raja yg kita sembah itu...
jadi,janganlah kita sombong dan bongkak di atas muka bumi yg milikNYA ini..

Syugaku untuk Rumahku

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:"Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia." (al-Bukhari)

Huraian :
1. Rumahku syurgaku adalah rumahtangga yang mempunyai ciri-ciri keislaman yang sebenar boleh menyediakan persekitaran yang harmoni dan melahirkan kasih sayang, hormat menghormati serta pelaksanaan ibadah yang membawa kepada ketenangan dan ketenteraman.

2. Ada beberapa tempat, yang jika dilakukan ibadah di dalamnya, akan mendapat pahala dan keutamaan yang lebih besar berbanding dilakukan di tempat lain seperti solat di Masjidil Haram, setara dengan seratus ribu solat di tempat lain. Solat di Masjid Nabawi, setara dengan seribu solat di tempat lain dan solat di Masjid al-Aqsa, setara dengan lima ratus kali solat di tempat lain. Solat yang paling utama dilakukan di masjid itu adalah solat wajib. Sementara untuk solat sunat yang paling utama adalah jika dilakukan di rumah.

3. Waktu di rumah seharusnya diisi dengan perkara yang bermanfaat dan mendatangkan pahala kerana perhatian terhadap pembangunan rumah dan isi rumah merupakan perkara yang paling penting untuk membangun masyarakat muslim. Hal ini kerana sebuah masyarakat akan terbina daripada gabunagn isi rumah. Jika unsur dasarnya baik, maka akan kuatlah sesebuah masyarakat itu.

KERJA oHHH KERJA...

on Thursday, December 9, 2010

hari ni 10 december 2010
jam 10.17am...
disaat aku baru balik dari bank muamalat, dan sekrg di opis..
ak merasakan jiwa aku tenang, mcm ade sesuatu yg membuatkan perasaanku happy ja...
mungkin perasaan tenang ini akn memberikan petanda yg baik akn datang,
ptg ni ade intrvw citybank,rabu depan bank islam,khamis J-Qaf plak...
sedar xsedar dah hampir 5 bulan aku bekerja di Info-Matic Power ni..
byk la jgk pengalaman baik buruk,berguna yg bleh jadi panduan untk ku pade mase hadapn..
membe2 sepejabat,serumah...kadang2 ase cam nak terbakr ja 'isi dalam' tapi lame2 aku merasakan agak menyeronokkan..ase nak tergelak ja...
sebab itulah org kata,xkenal maka xcinta..hahaa..
kepada membe2 serumah,amir,rill,papa dun..thanks a lot..
rakan sepejabat,kak mas,kak ita,kak uda..zaini,jamel..tima kasih kerna byk membantu..xde org ajar,susah tue..hehee
kepada bos besar en Hairy, memang sempoi,kadang2 lawok,nak pecah perut dibuat yea..hahaa..
buat Kak Norr, time kasih la byk membantu min dalam byk hal,hehee...
tidak lupa jugk,bos AyahZul, thanks..Mok Ngah,thanks..
kepada semua yg mengenali diri ini...
jikalau ade sebarang salah silap,terkasar,tersalah 'wat keje' harap dimaafkan..
mase tidak mengizinkan,de keje yg perlu dibereskan..
hehe,Kak Nor panggil..
ok bye...

converter