kau sempurna bagiku

on Saturday, August 28, 2010



Kita tidak pernah bersua
Apatah lagi berbual
Tidak pernah ku lihat dirimu
Apatah lagi menatap wajahmu

Tapi aku sentiasa merindui
Dirimu sentiasa menyayangiku
Mengasihiku sepenuh hati
Atas dasar akidah yang satu

Hatiku meruntun sayu
Cukup terharu mengucap syukur
Kerna dirimu masih mengingatiku
Walau nafasmu di hujung kalbu

Dirimu meninggalkanku sendiri
Aku sedih...mohon kekuatan
Al-Quran & SunnahMu jadi pegangan
Hingga akhir hayat pasti ku tetap dalam perjuangan

Ummati...Ummati...Ummati...
Panggilan manja buat diriku
Walau tika itu dirimu kesakitan
Walau hati menangis sepi
Diri ini ditinggalkan sementara

Wahai kekasih Allah S.W.T...
Rasulullah S.A.W...
Diri ini ingin bertemumu di syurga
Doakan diriku tabah berjuang
Di dunia akhir zaman
Yang pernah dirimu risaukan..
<><><><><>

~kaya harta @ ilmu~

on Friday, August 27, 2010


Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud r.a katanya: “Nabi Muhammad SAW pernah bersabda :" Janganlah ingin
menjadi
seperti orang lain kecuali seperti dua orang ini. Pertama, orang yang diberi Allah kekayaan berlimpah ruah dan ia membelanjakannya secara benar (di jalan yang adil dan sesuai dengan perintah Allah). Kedua, orang yang diberi Allah al-hikmah dan ia berperangai sesuai dengannya dan mengajarkannya kepada orang lain." (al-Bukhari)
Huraian:
Setiap perbuatan ada matlamatnya masing-masing. Tetapi apa yang kita inginkan dalam hidup ini?
Ilmu, wang atau selainnya?
Perumpamaan orang yang kaya harta dan menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah seperti benih yang menumbuhkan tujuh butir, pada setiap butir terdapat seratus biji.
Hakikatnya, kaya dan miskin akan menguji tahap keimanan seseorang. Tidak semestinya yang kaya kurang imannya dan yang miskin pula kuat imannya atau sebaliknya. Jika direnung manakah yang lebih utama, ilmu atau harta?
Tentu sekali ilmu kerana seperti kata sayidina Ali: "Ilmu akan menjaga diri mu, sementara harta adalah sebaliknya, kamu yang harus menjaganya." Namun alangkah baiknya jika kita kaya kedua-duanya. Kaya harta dan kaya ilmu kerana kedua-dua mampu menaikkan kedudukan kita bukan sahaja di sisi manusia bahkan di sisi Allah SWT iaitu dengan cara memanfaatkan kurniaan Allah itu ke jalan yang diredhai-Nya.

~university ramadhan~


"Apabila bulan Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan."
(Muttafaq 'alaih)

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, sedar tak sedar, Ramadhan sudah hampir tamatdengan kita.

Teruja tidak untuk menghadapi bulan Ramadhan? Sudah tidak sabar-sabar? Jika para sahabat, bulan Ramadhan merupakan suatu bulan yang amat mereka nanti-nantikan. Sebelum hadirnya Ramadhan, mereka sering meminta-minta kepada Allah agar mereka diketemukan dengan Ramadhan yang berikutnya. Seperti do'a yang diajarkan Rasulullah SAW,

“Allaahumma Baarik Lana Fii Rajaba Wa Sya’baana, Wa Ballighna Ramadhaana."

Ertinya: Ya Allah, berilah keberkatan kepada kami di dalam bulan Rejab dan Sya’ban serta sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan.

Bagi menyambutnya juga, persediaan dari sudut rohani, fizikal dan mental dipersiapkan bagi mengharungi bulan Ramadhan yang peluangnya datang hanya setahun sekali. Seperti lagaknya mahu menyambut satu perayaan besar-besaran, persiapan-persiapan pra-perayaan perlu dilakukan. Pelbagai jenis persiapan akan dilakukan demi memastikan perjalanan pada hari perayaan kelak dapat berjalan dengan lancar dan berjayanya.

Begitu juga dalam kita menyambut kedatangan Ramadhan Al-Mubarak. Persiapan-persiapan pra-Ramadhan harus kita lakukan sebaiknya. Kita mahu diri kita tenang melaksanakan ibadah-ibadah di dalamnya. Kita mahu latihan diri di bulan Ramadhan dapat kita jalani dengan berjayanya. Dan persediaan yang saya katakan di sini sudah tentu bukan persediaan wang ringgit mahupun materialistik. Persediaan yang dimaksudkan adalah persiapan diri. Itu yang utama.

Cuba anda tanya diri sendiri. sudah cukupkah persediaan yang aku lakukan untuk menghadapinya???

AHLAN WASAHLAN YAA RAMADHAN AL-MUBARAK

on Tuesday, August 24, 2010

jam 1.35 pm,rabu,25 ogos 2010..
di buln yg penuh dgn barakah ini..
aque dpt rase kan..yg diriku ni semakin jauh dariMu..
ya Allah..
dekatkan driku semoga selalu mengingatiMu..
ya Allah..
lindungilah diriku ini dari segala yg buruk..
lindungilah keluargaku..
lindungilah saudaraku..
lindungilah sahabatku..
moga diberkati dan dirahmati Allah selalu..
firman Allah yg bermaksud:
wahai orang2 beriman diwajibkan ke atasmu brpuasa sebagaimana diwajibkan umat2 terdahulu..mudah mudahan kamu bertaqwa..
same2 kite harapkan semoga puase kite diterima di sisi Allah S.W.T dan tergolong org2 yg bertaqwa..
bersempena bulan yg mulia..
kepada kwn2 ku yg menjalani praktikum..
happy good lucky..
layaann~~~~

converter