Jika dilihat dari 'nature of the musharakah concept' itu sendiri ia adalah bersifat equity dan bukannya debt. Ini kerana jika ia dianggap dan distruktur sebagai ‘debt', ia akan sangat hampir kepada Riba dan bukan pelaburan. Inilah pandangan sebahagian besar Shariah Scholars di seluruh dunia.
Pelabur-pelabur yang meletakkan wang mereka dengan membeli sukuk musharakah pula bukanlah memberi pinjaman kepada pengusaha dan pengeluar sukuk, sebaliknya, mereka turut serta sebagai pemegang saham di dalam bisnes yang diwakili oleh sukuk itu, kerana itu disebutkan bahawa setiap pemegang sukuk itu memiliki sebahagian hak atas aset dan bisnes itu. Bermakna jika bisnes itu rugi, pemegang sukuk akan terus punyai hak atas aset dan berhak menjualnya bagi menyekat kerugian berterusan. Ini tidak ada di dalam 'debt' atau hutang yang mana pemberi hutang tidak memiliki aset dan perusahaan orang yang membuat pinjaman.
Justeru, jika dilihat dari fakta di atas, sukuk musharakah adalah 'equity' dan bukannya 'debt'. walaubagaimanapun, sebahagian sukuk mushakarah, kelihatan menggunakan konsep musharakah moden dengan gabungan beberapa ciri 'debt' , inilah yang menyebabkan kadangkala ia dianggap sebagai 'debt'.
Sebagai contoh, jika dilihat dari featuresnya:-
Pertama : Terdapat ‘preferencial treatment' di ketika 'winding up' or in the case of liquidation, ini adalah salah stau ciri 'debt', sedangkan dalam musharakah tulen semuanya rank 'parri passu' dan tiada hak istimewa ketika proses 'winding up' .
Kedua : Pemegang sukuk tiada sebarang ‘voting rights' dalam bisnes, sedangkan ia adalah ‘partner' serta selayaknnya bersuara, ini juga adalah salah satu sifat 'debt' berbeza dengan mushakarah yang didasari ‘equity' yang sepatutnya punyai ‘voting rights'.
Ketiga : Sebahagian pembelian sukuk musharakah dari SPV itu tidak menaikkan ‘paid up capital of the company'. Ia juga ciri debt, jika ia ciri equity, sudah tentu ia akan menaikkan ‘paid up capitalnya'. Biasanya SPV hanyalah syarikat bernilai RM 2 atau satu nilai yang kecil sahaja. Jika kita katakana SPV hanya mewakili syarikat yang sebenar, di tahap itu, kita kena melihat samada pembelian sukuk itu menambahkan nilai syarikat atau tidak. Jika tidak, ia sudah tentu seperti ‘debt'.
Keempat : Sebahagian sukuk musharakah telah di struktur sehingga in a way ia seolaholah dapat menjamin keselamatan modal dan pulangan yang dijangkakan ( expected profit). Pelbagai cara dikemukan seperti ‘bilateral undertaking to purchase' dengan harga yang telah ditetapkan, menggunakan formula tertentu yang sebenarnya akan sampai juga kepada ‘expected profit'. Bagaimanapun terdapat juga sukuk muhsarakah yang terhindar dari ciri ini apabila mereka harga yang dipersetujui berdasarkan ‘market price' yang mungkin lebih tinggi atau rendah. Justeru, jika berdasarkan ‘market price', maka ia sudah keluar dari ciri debt.
Sebahagian sukuk Muhsarakah, ia berdasarkan harga ditetapkan dan formula yang akhirnya sampai ke ‘expected profit', ia dilihat sama seperti ‘end result' sebuah ‘debt' yang memberikan pulangan tertentu yang dijanjikan. Cuma ia telah distruktur agar menepati kehendak Shariah sahaja. Kerana itu, penggunaan konsep seperti ini akan dilihat oleh sebahagian pengkaji sebagai 'debt' dan bukan pelaburan 'equity' yang lebih terbuka dan berisiko sebagaimana pelaburan menerusi pasaran saham di bursa.
Kerana itu saya katakan ia adalah satu bentuk modern musharakah yang distruktur bagi memenuhi kehendak pelabur semasa. Dilihat dari satu sudut, ia diaqadkan atas nama Muhsraakh dengan ciri equity tetapi dengan 4 features di atas, ia akan dilihat sebagai 'debt' juga. Shariah Scholars sudah tentu lebih selesa jika digelar equity kerana itulah harapan mereka.
by : Zaharuddin Abd Rahman
0 comments:
Post a Comment